Sulam Tampal - Catatan


New Page 1

 


Assalamualaikum WBT


Terima kasih kerana sudi menjenguk teratak Kak Rah...
Jom kita Sulam Tampalkehidupan di dunia yang fana ini.

   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

New Page 1

~~~Cerita Hangat~~~

~ Sulam Tampal (Home)
~ Remaja (18sx)
~ Noktah Terakhir (18sx)
~ Perbatasan (18PL)
~ Kelahiran (18PL)
~ Mula Bicara (18sx)
~ Jarak Memisah (18PL)

~~~Sahabat Blog~~~

~ The Hustler
~ Sherita
~ Sabak
~ Medonan
~ Kehidupan VS Aku
~ Che Detz
~ Afikblue
~ Asri
~ Kay Rex
~ Budakbasah
~ Shai


~~~~Kenalan~~~~

~Adamjohan ~Awe ~ Asta ~Carlos ~Cool ~Ciki ~Cepoi ~D'Angah ~Ediee ~Ejal ~Dunhill ~Farizz ~Guy ~Hideomi ~Hard ~Heqal ~Idzrie ~Idzyrel ~ Im-stud ~Jamz ~Isaac ~Joker ~Kafa ~Ketam ~LeeG ~Linda ~Lone ~Mieban ~Naza ~Nori ~Nuri ~Rosman ~Sabak ~Sean ~Shah ~Shai ~Shak ~Sobiet ~Spin ~ Tiada Kos ~Tukangtaip ~Tumi ~Virtual ~Yus ~Zamrie ~Zest ~Ziela ~Cypruzkeza (luv u) ~

Read this out loud

This is this cat
This is is cat
This is how cat
This is to cat
This is keep cat
This is an cat
This is idiot cat
This is busy cat
This is for cat
This is forty cat
This is seconds cat

now go back and read the THIRD word only, in each line from the start

~~~Apa-Apa Saja~~~


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Jan 29, 2005
Terbaik

Untuk menjadi yang terbaik.. seperti manikam yang terserlah.. indah dipandang,  dipuja sentiasa…  mencapai puncak, perlu diusaha… persaingan tentu hebat bak bagai enau dalam belukar, melepas diri sendiri… sanggup memijak sanggup menikam, tidak kira musuh mahupun taulan… nafsu nafsi sudahlah tentu.. jika bersikap begitu, lebih baik kawan dengan hantu..  kalau sudah mati kutu, minta nasihat dari Mutu..

 

Ego setinggi gunung… hati sekontang gurun, buta mata pekak telinga.. yang penting dirinya sahaja, orang lain peduli apa.. kemenangan dicari, secara lurus mahupun mencuri.. jangan anggap perkara gampang, walaupun tinggal di Ampang.. silap-silap kena pelempang, sehingga jatuh terlentang.. baru ingat jalan pulang, tika usia meniti petang.. 

 

Memudah cara apa salahnya, walau salah usah ditanya...  jangan persoal jangan bantah, ikut sahajalah… malas berfikir mengundang padah.. jauhkan diri dari dadah mahupun dada yang terdedah.. semuanya tidak datangkan faedah…  lebih baik balik Kedah.

 

Luangkan waktu fikirkan sejenak.. adakah terbaik itu kehendak.. walau dipuncak bahagiakah kita, sendirian kesaorangan tengelam punca… insan lain menjauh diri, kerana hati telah dilukai.. lebih baik merendah diri, rakan datang tak perlu dicari…  itulah cara hidup yang sejati, luhur seputih melati..


Posted at 08:48 am by kak-rah
Make a comment  

Jul 27, 2004
Edisi 3

Janji yang pasti

 

SELASA 29.06.2004

 

Janji.. satu perkataan yang bermula dengan J dan berakhir dengan I, mudah untuk mengejanya.. janji mudah juga diungkap dan  amat mudah untuk dimungkiri.. setiap yang dituturkan merupakan janji .. samaada kita sedar atau tidak… kita berjanji pada Allah, diri sendiri, ibu, bapa, suami, isteri, kekasih, kawan, lawan dan sebagainya… kita banyak berjanji  pada orang-orang yang kita sayangi, yang mewarnai kehidupan kita… tetapi kita menyakiti mereka dengan janji yang tidak dikot*..

 

Dengan janji kita memberikan harapan dan dengan memungkirinya kita memusnahkan segala impian… menyempurnakan janji merupakan amalan mulia,  walaupun begitu masih ramai yang memandang mudah akan janji yang telah diucap…  sukarkah kita untuk menunaikan janji setelah dipatri, jawabnya memang sukar  kerana sememangnya janji itu adalah untuk dimungkiri...

 

Bayangkan apa akan terjadi kepada kehidupan ini tanpa sebarang janji, tentunya segala sesuatu tidak menjadi….  kerana janji kita akan  disakiti, tanpa janji kita akan mati.. sesungguhnya kita dalam delima, melangkah mati, mengundur mati, berdiam juga mati…. jadinya untuk meneruskan kehidupan, kita akan terus berjanji walaupun akan memungkirinya… kalau manusia tidak boleh hidup tanpa oksigen, manusia juga tak boleh hidup tanpa janji…

 

Masih ingat  pada janji  kita sebelum dilahirkan di dunia fana ini,  ingat tak janji kita pada Allah pada ketika itu…  Jadinya kenapa  kita berjanji kalau sekadar untuk dimungkiri, emm aku tidak dapat berjanji untuk memberikan jawapan yang pasti.. ANDA ADA JANJI HARI INI…..

 

Comments (2)

Pilihan

ISNIN 28.06.2004

Buat pilihan… tolong pilih satu sahaja, jangan ambil semua.. kenapa satu sahaja yang dibenarkan, alangkah baik diberikan semua.. itulah lumrahnya di dunia ini, perlu memilih dan dipilih.. diasingkan dari rumpun, bersendirian.. jika semua kita bolot,  apa pula habuan yang lain… hendak memilih ada caranya, tepuk dada tanya selera… ikut hati mati, ikut nafsu lesu..

 

Pilihan yang tepat sukar diramal, adakala pilihan tidak mengena… Dalam memilih jangan terleka, yang indah bukan intan yang hodoh bukan kaca.. adakah cara untuk meneka.  Silap pilihan perlu diterima, perubahan dibuat menyesuaikan diri.. agar tidak kecewa nanti… Terlalu memilih akan kecewa, terimalah seadanya.. dipupuk dibaja mekarlah ia…

 

Perjalanan hidup yang panjang, banyak pilihan telah dibuat… yang baik ada yang buruk pun ada, hadapi semua dengan rela…  Penentuan di tangan kita, tiada paksaan mahupun desakkan… tanggung sendiri akibatnya… hendak salahkan siapa?

 

Oleh itu perlu bijak dalam segala.. pilihan tepat dilaku sentiasa, agar hidup sihat sejahtera…

 

Ku Pohon Maaf

 

JUMAAT 26.06.2004

 

Maafkan daku

 

Terlebih dahulu Kak Rah mohon ampun dan maaf atas kelewatan untuk kemaskinikan blog ini… Tiada alasan yang dapat diutarakan hanya mengharap simpati kalian untuk memberikan kemaafaan. 

 

 

Suami (S) VS Bujang (B)

 

Seorang dipanggil Bi sorang lagi dipanggil G, masing masing ada naluri yang sama (tidak perlu aku sebutkan, semuanya tentu fahamkan)… Berkenalan dengan suami orang dan bujangan amat berbeza, dari segi layanan mahupun segala. 

 

Kata orang manusia pelbagai ragam bagitu juga status mempengaruhi sikap sesaorang… aku cuba buat perbandingan mengenai keduanya…

 

S susah ungkapkan sayang,  B mudah berkata sayang… S memberikan layanan, B memerlukan layanan… S masa terhad, tidak dapat berada disamping sepanjang masa, B anytime baby.. S pendengar yang setia, B sekadar mendengar… S berbual hal-hal yang nyata, B bercerita tentang bulan bintang...

 

S penyabar tapi cemburu, B perlu disabar tapi toleren.. S berfikir 10 kali sebelum buat sesuatu, B buat 10 kali baru berfikir sekali … S sentiasa memahami, B sentiasa curiga…  S suka memanjakan, B ingin dimanja… 

 

Kesimpulan nya.. jika ingin ketenangan carilah suami orang, jika ingin kebahagian carilah bujang… salam bahagia. 

 

 

HKL

 

JUMAAT 11.06.2004

 

Masih terasa lagi kehibaan semalam, room masih belum dibuka walau jam sudah menunjukkan jam 11 pagi.. kemana semua pergi, tidak berdaya untuk berchat buat hari ini… atau masih berduka cita.  Aku terharu sungguh solid persahabatan kalian, walau pun sesekali lidah tergigit namun itu semua bagai ribut dicawan kopi sahaja.. cepat ia terjadi cepat ia kembali tenang..

 

Aku harap dilain kali room dibuka dengan niat … untuk bertanya khabar berita, untuk beramah mesra, untuk  menjalinkan persahabatan, untuk bertukar fikiran… bukan untuk nafsu, bukan untuk mengutuk, bukan untuk membenci, bukan untuk menyakiti…

 

Aku mengambil cuti, perjalanan ke KL terasa lambat… Aku berbelah bagi telah aku berazam tidak bertemu cahtters lagi…  bagaimana dengan Kover, hati ini bagai disayat-sayat ingin berjumpa…   tengahari aku melangkah kaki ke hospital menuju W5K9, aku lihat senarai nama… tiada siapa yang menghuni katil N9, hati aku gundah.. kemana gerangan kover dipindah… hendak bertanya tidak tahu nama, cuma nama yang hampir dengannya berada di katil no3…  ini agaknya, aku menduga.. hendak bersemuka tidak berdaya, hanya kad diberi sebagai mengganti diri.. harap kover memahami..

 

Malam sekembalinya aku dari KL, aku cuba meriangkan diri.. pelbagai cara  untuk aku melupakannya, adakah ini tanda sayang.. bagai adik dengan abang (kakak).. mood hari ini sungguh hambar, harap perjumpaan di Gombak berjalan lancar… kehidupan perlu diteruskan… aku lena dalam kerinduan…

 

Kover my Love

 

KHAMIS 10.06.2004

Kover @ Wicked kemalangan.. pecah berita, mengejutkan semua chatters di dalam room… Suasana yang tadinya gembira, riang dan ria bertukar menjadi suram,  muram dan tangisan kedengaran… sekelip mata perubahan berlaku, bagaikan dilanda badai secara tiba-tiba tanpa amaran..  Perkara yang sering terjadi, saban hari tersiar di dada akhbar mahupun  berita  tv.. kini berlaku kepada rakan chat yang disayangi.

 

Aku yang sedari tadi menyelam, juga terkejut tidak mahu mempercayai khabar.. aku berharap khabar itu hanya gurauan, aku berdoa… namun kenyataan tetap kenyataan, pengesahan demi pengesahan diterima..  ramai yang menangis, tersentuh hiba.. Kover bagaikan kuntum bunga yang menyerikan room saban hari, siapa yang tidak kenal pada kover  yang ceria selalu…

 

MB, Co*L, Hi*E,  Li*, Konta*, tomm*, keta*  terutamanya meratap menangisi simpati atas kejadian… sungguh mulia hati kalian bagai sahabat sehati sejiwa, susah senang pilu duka sama dirasa.. Tabik spring dari aku.. Kepada yang menjadikan kejadian ini sebagai lawak jenaka, cuba fikir secara dewasa… hidup ini bukan mudah dan langit tidak selalu cerah… hari ini hari dia, hari kita entah bila, sentiasa jaga jangan leka, mudah kita elak petaka…

 

Aku hanya mengenali kover dari jauh, namun kemesraan bagai telah terjalin lama.. I have a dream.. A song to sing.. To help me cope with everything… itulah antara lirik lagu yang sering aku dan kover lagukan… very nice of him.. I luv u.. Sayang .. semoga cepat sembuh.. amin.. Kak Rah.

 

Boss ku sayang

 

ISNIN 07.06.2004

 

 

Aku letih hari ini, kerana semalam aku J  seperti biasa bersiap untuk ke pejabat, aku gembira kerana hari ini hari Isnin.. hari kesukaan aku.  Kedinginan pagi terasa, gerimis rupanya.. jalan pasti akan basah, aku perlu hati-hati tika memandu.

 

Sedang aku memandu, aku mendengar radio… ada cerita tentang kemasukkan pelajar ke IPTA, emm mana yang berjaya diucapkan tahniah… yang tidak jangan berputus asa, banyak lagi cabang yang boleh diteroka… yang penting usaha.  Cari kemahiran jangan takut kecundang..  kita boleh hidup tanpa bantuan.. menjadi pekerja mahupun majikan.  Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.. Usaha itu tangga kejayaan, tanpa usaha tidak dapat makan (hehe tambahan yg melalut)…

 

Setibanya aku dipejabat aku lihat atas meja ada ole-ole dari Paris, Menara Enfiel mercutanda… terima kasih kepada boss yang mengingati.. rehat sebentar dan menyiapkan laporan untuk mesyuarat esok harinya.  Jenuh juga hendak menyiapkannya, sebab banyak kira-kira yang terlibat.. berpinar mata dengan angka-angka…

 

Tengahari tidak turun makan, perut kenyang lagi… masuk YM seketika kemudian main game seround dua.. Ada call dari  Za, macam biasalah.. ketika bulan mengambang, semua makhluk hendak mengawan… Aku menolak dengan baik, pelbagai alasan diberikan… harap dia faham.

 

Sambung kerja, sunyi sedikit hari ini… kakak-kakak ramai yang bercuti, ada je alasan... adik kawinlah, pergi melancong lah, hantar emak pi umrahlah, hantar laki menikah dan sebagainya.. Yang menjadi mangsanya aku, cuti aku ditolak… aku memendam rasa aja. Sedang aku bersiap-siap hendak balik boss panggil, huh tak geti tengok jam ker… aku masuk kedalam dengan wajah mencuka. 

 

Nah, ini special untuk KR.. aduh dapat dompet lagi, tengkiu-tengkiu boss… muka aku bertukar ceria, apalah aku nie selalu syak yang bukan-bukan aja… aku mengucapkan terima kasih, dan memohon diri..

 

Petang aku bererobik dan memcuci baju.. semalam aku tidak sempat mencuci sebab aku .. , malam main boling dengan geng, main 2 game lepas itu minum melepaskan dahaga… Balik rumah solat dan berakhirlah hari aku, aku lena dalam iman (ye ker)… Alhamdullilah..

 

Untuk As**

JUMAAT  04.06.2004

Terasa ingin berpuisi pula hari ini, ini khas untuk mu As**..

            Dalam diri menunggu dia, mata aku mula berkaca..

            Lama sudah aku menanti, kenapa aku diperlaku begini..

            Sungguh aku tidak sabar, wajahmu tergambar-gambar..

            Hasrat ingin bercanda, Berikan ku  sebarang tanda..

            Lautan api sanggup dititi, relakah dia menanti…

            Dipersimpangan aku celaru, mungkin dia juga keliru…

            Dakapan rindu meruntun kalbu, apakah diapun begitu..

            Setiap detik jantung bergetar, setia aku menanti khabar..

 

Wak - Ed

SELASA 01.06.2004

 

Hari malasku menjelang, tapi aku telah berjanji untuk menebus kealpaan aku semalam.. bersenam sambil mereggangkan anggota, keletap-keletup bunyi udara meletup di sendi-sendi.. Segar rasanya, berehat sebentar sebelum pergi mandi.. Aku mandi ‘lama’ hari ini saja jer nak manjakan badan, membuang kotoran yang menyaluti tubuh.. yang usang ini.  Menghirup milo dan 2 keping kuih, cukup untuk mengalas perut.. alhamdullilah.

 

Menyusuri jalanraya yang membelah bukit,  anak watan semakin berupaya.. merenung sejenak peojek-projek yang dikatakan raksasa umpama PLUS, KLIA mahupun Menara Kembar (tidak ketinggalan Teratak Kak Rah , adakah satu pembaziran.. Pada mata yang suka mencari kesalahan tentu ya jawapannya, bagi yang menyokong.. mendokong dengan  upaya.  Pada aku, pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi tidak ada tolok bandingnya.. sekarang syarikat pembinaan dapat menembusi tender antarabangsa, berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan gergasi barat lintah darat..

 

Pagi di pejabat tiada apa yang berbeza bertugas seperti biasa, sesekala kedengaran suara kakak-kakak berbual sambil membuat kerja.. emmm dah namanya perempuan, mesti ada saja yang hendak diceritakan.. hal anak, hal lauk, hal suami, hal budak yang tak dapat tawaran masuk U dan bermacam-macam lagi halnya.. Aku hanyut dalam dunia ku sendiri, peduli dengan mereka.. kerja mesti disiapkan.. Ada mesyuarat tergempar hari ini, ada laporan yang tertangguh yang perlu disiapkan.. semua diberi tugas mengikut bidang masing-masing, nasib baik aku hanya diperlukan membuat 3 dari 15 laporan.. mudah aja tu..

 

Sebelum tengahari masuk YM,  wak sabak sedang meneropong.. emm lama tak nampak wak dalam room, terlepas dari jel agaknya hari ini hehehe (ampun wak).  Borak-borak, nak jadikan Mula Bicara sebuah cereka dan wak nenjadi Bd.. emm sesuatuh tu wak. Nantikah Kak rah buat casting, pasti wak dipanggil.. sabar ye.

 

Petang mendung berarak, huh akan hujan lagi..  Cahaya mentari mula pudar, bebayang hitam mengganti tempat.. titis-titis air mula menghambur.  Memandu dalam hujan perlu berhati-hati, jalan licin pandangan kabur.. biar lambat asalkan jimat (kalau eksiden kan banyak belanja). Sampai juga aku di rumah, home sweet home..

Mandi air panas, ahhhh lega segala sendi.. makan petang dan menanti maghrib, aku ke surau hari ini.. ada ceramah.  Selepas ceramah, pulang merehatkan diri.. menonton tv cereka melayu, cerita lelaki jadi saketari ok juga jalan cerita.. tapi banyak sangat flashback,  komplen-komplen juga tapi nonton sampai habis juga.. mata mengantuk, sudah lepas waktu tidurku.. aku lena selena-lenanya.. berdengkur.. kurrrrr


Mengular

 

ISNIN 31.05.2004

 

Yesss… hari Isnin datang lagi,  semangat meluap-luap seperti biasa… Hari ini merupakan hari terakhir bulan Mei, cepat waktu berlalu sudah 152 hari hayat aku  berkurangan,  bekalan yang hakikit belum mencukupi, bagi mengharungi hari mendatang.. aku perlu berusaha untuk menampung keperluan kehidupan di dunia dan akhirat.. semoga segala usaha aku diberkati.  Aku termenung di sejadah.. air mata keinsafan mengalir  membasahi pipi..

 

Hari ini aku  memandu ke pejabat…  satu papantanda menarik perhatian aku, yang selama ini tidak aku perasan..  gambar keluarga bahagia berkasih-sayang, tersenyum riang, rumah ku syurga ku.. terkenang aku pada kampung halaman, sudah lama aku tidak menjelang..  Aku mencapai telefon dan membuat panggilan, shahdu hatiku apabila panggilan disambut ibu.. terlerai rindu, aku akan balik di hujung minggu,  janji aku pada ibu.. ibu sedia menanti dengan juadah kegemaranku, ibu kau lah segala-galanya pada ku.. maaf kan daku, yang sentiasa berdosa pada mu..

 

Kerja-kerja di pejabat tidak banyak,  sambil update blog, aku layari YM… kisah gethering menjadi topik,  Jun ada Julai pun ada.. satu untuk berkenal-kenalan, satu lagi untuk makan dan dimakan hehehe, ok Sabak n Mie Ban buat betul-betul, semuga suksess not seksis ye.. bagaimana dengan cadangan aku tempoh hari, buat gotong-royong kat rumah orang tua-tua (tapi yang masih cando).. tak ada sambutan ker, cuba korang rancang-rancangkan bolehkan…

 

Tengahari aku skip lunch, entah kenapa tidak berasa lapar.. mencuci mata sebentar di site 18SX, segar biji mata ku.. nasib baik tidak ada yang perasan dapat lah aku layari dengan aman. 

 

Petang aku menyusuri blog kekawan, banyak info yang aku dapat.. lama juga membaca, tidak sedar sudah sampai waktu pulang, emm seharian suntuk aku mengular..  doaku di subuh hari aku lupai, benar kata Tun Mahathir “melayu mudah lupa” (aku maksudkan aku yer.. tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah mati k).. aku tekat esok aku akan membayar segala kealpaan aku hari ini.

 

Selepas bererobik, aku membasuh kereta… baru semalam aku cuci dah kelabu kembali, bahana melalui kawasan pembinaan yang sedang rancak dijalankan sepanjang perjalanan pulang. Selesai tugas aku mandi dan makan petang.. lauk asam pedas, sambal belacan.. aku kepedasan… H2O please...

 

Seperti kebiasaan aku membaca apa-apa saja yang tercapai dek tangan sebelum beradu… entah bila aku lena.. yang pasti aku lena dalam timbunan ilmu..  bermimpi ibnu sina…  syukrannnn.


Jamuan

 

JUMAAT 28.05.2004

 

Pagi-pagi hening begini hati sayu kerana mengenangkan orang  yang jauh, tanpa khabar berita … dari kejauhan aku mengirimkan salam, melalui hembusan bayu.. suara azan bagaikan peringatan kepada kebesaran Allah aku segera menyiapkan diri, melontarkan kenangan jauh-jauh untuk menghadapi hari yang mendatang dengan  tekat  yang membara.. Aku tidak bersarapan hanya menjamah milo secawan,  kerana ada jamuan jam 10.00 pagi pastinya aku akan kekenyangan nanti. 

 

Sambil memandu aku mendengar radio, juruhebah petah berceloteh.. pelbagai perkara disentuh namun aku tertarik kepada satu topik yang diutarakan, bila dalam keadaan terdesak manusia akan melakukkan perkara yang mustahil sehinggakan dirinya sendiri tidak percaya boleh melakukan perkara tersebut. . seperti apa bila dikejar anjing, longkang yang luas dapat dilepasi atau pagar yang tinggi boleh dilompat.. kita menggunakan kekuatan dalaman tanpa disedari.. kita hanya menggunakan kurang dari 10 peratus keupayaan sebenar manusia, bayangkan jika keupayaan ditingkatkan kepada 20 peratus.. mungkin angkasaraya dapat kita takluki, menjelajah keseluruh pelusuk alam dengan mudah..

 

Di pejabat menjalankan tugas seperti biasa, sambil menyusuri YM… hendak update blog belum sempat hanya melawat-lawat aja.. Tanpa disedari sudah jam 10.00pagi, semua menuju ketempat jamuan disediakan emm bau semerbak menguasi ruang.. perut bernyanyi lagu keroncong.. Selesai ucapan mukadimah, acara makan tiba sudah, doa dibaca dengan hemah, menjamu selera pelbagai juadah.

 

Selepas berjumaat aku terus ke bank.. ramai umat sedang menanti, menjalankan urusan sebelum bercuti..  Aku jangka akan cepat selesai urusan,  malangnya sistem breakdown.. kena tunggu sampai pulih, inilah teknologi ada masa membantu ada masa mati kutu..  Jadinya aku lewat masuk pejabat, buat muka selamba aja, nak buat macam mana.. bukan disengajakan.

 

Petang hujan lagi, kilat sabung menyabung meningkah bumi dengan panahannya.. Aku hanya memerhati sambil berdoa agar sentiasa dilindungi.. Berbaring malas di kerusi, menatap majalah hiburan yang penuh sensasi.. ada gambar yang memikat hati, aku renung meningkat berahi hehehe..

 

Aku tidur lewat hari ini sebab esok hari cuti, dapatlah aku rehatkan diri.. sebelum (opppsss tak boleh cerita aktiviti sabtu dan ahad).  Dipembaringan aku memasang angan.. aku lena kot*ku dalam gengaman… nikmat……


Nirmala

 

KHAMIS 27.05.2004

 

Dingin pagi ini.. kesejukkan semalam masih terasa.. rasa sayang (malas) untuk bangkit… hanya semangat menjadi penyelamat, jika tidak  aku terus hanyut menyambung lena.  Dalam aku bersiap-siap, aku terima satu SMS dari ZAL orang yang tidak aku kenali, yang menggangu setiap minggu.. ingin berjumpa memadu kasih.. aku biarkan sahaja tanpa membalas, biarlah dia dengan angan-angannya..aku tidak luak pun.  Aku hairan apalah yang ada pada diri ini sehinggakan dia sanggup menanti hampir setengah tahun, pelik benar aku rasa…

 

Memandu ke pajabat seperti biasa,  satu kelainan aku lihat… tidak seperti biasa masing-masing berlumba-lumba, semua memandu dengan hemah bagaikan ada sesuatu yang memerhati.. kenderaan yang mendatang memberikan isyarat, tahulah aku ada sekatan menanti, emm pagi-pagi lagi dah ada road block tentu ada cerita disebaliknya.. Kenderaan beratur panjang, satu persatu diperiksa dengan teliti.. tidak perlu memaki kerana mereka menjalankan tugas yang hakiki. 

 

Sesampai di pejabat aku membaca email, alhamdullilah kali ini masalah telah diatasi.. banyak juga email yang masuk, ada yang mengirim gambar Nirmala disiksa, seorang gadis yang merantau mencari rezeki di negara yang gemilang.. belas aku melihatnya.  Kemiskinan bukan pasport untuk menghina insan, perkerti yang menentukan  jiwa kemanusiaan atau kebinatangan… bukan harta benda mahupun kecantikan. Tidak sanggup aku melihat penyiksaannya, terus aku delate dari pandangan.. namum masih terpahat dalam ingatan, akan aku simpan sebagai sempadan.

 

Mesyuarat lagi.. dan lagi dan lagi.. tanpa henti. .. masa berlalu, tengahari menjelang selesai sudah mesyuarat yang membosankan.  Rasanya bebas dari belenggu kerana aku tidak arif  butir perkara kerana hanya menggantikan sahabat yang bercuti..  segala persoalan aku catat untuk tindakan dia seterusnya, pada aku amanah yang diserahkan telah aku tunaikan. Teringat aku pada boss yang berada nun jauh di Paris sedang buat apa sekarang, mungkin masih tidur lagi.. mimpi yang indah-indah (jangan lupa beli ole2).

 

Aku menyiapkan kerja yang menanti, sudah 2 hari aku tinggalkan dek kerana mesyuarat memanjang.. Sedang tekun (hehehe) bekerja  kak Z memanggil ada tugasan katanya tapi peribadi sikit..  Buat salah tidak buat pun salah aku dalam delima, bukan aku meminta tapi dipinta menjadi orang tengah. mendamaikan dua insan yang mabuk bercinta, macamlah aku pakar sangat.. masing-masing tidak mahu mengalah, menegakkan benang yang basah.. apasalahnya jika bertolak ansur dan bersabar kerana adat bercinta ada pasang surutnya.. macam sungai yang mengalir, sekejap kehulu sekejap kehilir.

 

Pejabat semakin lengang, aku balik lewat hari ini, menyiapkan kerja yang terbengkalai.. diluar awan berarak, berkumpul membentuk satu formasi yang indah..  aku leka menelah bentuknya.  Selesai kerja aku pulang, singgah di kedai membeli keperluan.. terutama pisau cukur, sudah 3 hari aku tidak bercukur, muka sudah mula semak tetapi tetap maintain.. aku rimas berkeadaan begitu, suka rapi selalu..

 

Makan malam dan menonton tv rancangan yang aku gemari, Buletin Utama hehehe… dunia, dunia pelbagai cerita  suka, duka, riang, derita, gembira, merana  kau harungi.. Aku letih hari ini, lena awal dalam kedamaian…. We want peace, we want peace.


Posted at 01:22 pm by kak-rah
Make a comment  

Edisi 2

Temujanji

 

RABU 26.05.2004

 

Sedar tak sedar sudah hari Rabu, hari pertengahan dalam seminggu..  Di atas katil aku teringatkan ‘adik’ aku yang sedang bercanda di Pulau Dewata semoga bahagia dia di sana, mendapat apa yang dicita. Aku bersarapan nasi lemak daun pisang emmm harum seharum bunga sundal malam baunya hehehe.. Selesai mengisi perut aku mengorak langkah, keluar awal sedikit kerana hari ini aku pergi kerja naik bas.. saja nak tukar-tukar angin…malas nak memandu.

 

Kalau dah dalam bas tentunya pelbagai ragam boleh disaksikan, ada yang menyambung tidur.. berbual.. membaca akhbar.. yang selebihnya melayan angan-angan memasing.  Padat pulak dalam bas, aku seperti biasa terpaksa berdiri sepanjang perjalanan.. lenguh juga segala sendi-sendi yang dah usang ini.  Perjalanan yang sepatutnya memakan masa yang singkat menjadi lama, dek kemalangan yang berlaku.. harap-harap semua selamat, malang ini jangan dicari mahupun ditempah.. sentiasa berhati-hati dalam semua perkara. 

 

Minggu ini dipenuhi dengan mesyuarat aja.. jam 9.30 ada mesyuarat lagi, esok ada satu lagi semalam dah ada satu… asyik mesyuarat bila lagi nak buat kerja.. nak update blog pun tak sempat (maaf yer jika terlewat).. Mesyuarat berlarutan hingga ke tengahari,  letih pulak rasa.. tapi takkan bole tidur masa mesyuaratkan, lagi pun bukannya ada katil (hehehe).

 

Tengahari cuba masuk YM dan check email.. tapi Yahoo ada problemo pulak tak boleh masuk.. frust juga rasanya, sabar jer lah.. bukan mati pun.  HP berbunyi, nombor yang tertera amat aku kenal.. lama tak jumpa dia nie.. sudah masuk Jun katanya, dia menagih janji.. aku tidak dapat mengelak satu hari dibulan Jun akan aku temui dia, aku catat dalam dairi.. 

 

Selepas terima panggilan ada pula sms yang masuk, dari KA tujuan yang sama juga.. sekarang sudah ada 4 temujanji dalam bulan Jun, mampu kah aku untuk menyatakan pendirian aku sekarang.. apa reaksi mereka nanti, yang pasti aku perlu berterus terang.. harap mereka akan mengerti. Bukan membenci atau menghindari cuma ingin menyendiri muhasabah diri.

 

Kakak K menegur, kenapa menung panjang.. ah Kakak K nie, kacau daun jer.. tapi aku sayang pada dia, amat perihatin terhadap diriku.. ingin aku peluk tapi nanti apa pulak sangkanya, silap-silap kena tuduh mencemar kehormatan pulak… tak pasal-pasal kena rotan.. selisih.

 

Waktu pulang aku lihat awan gelap, akan terhamburlah kandungannya sebentar lagi. Hujan mula menitis langkah aku semakin panjang menuju ke perhentian.  Lega.. aku sudah didalam perut bas, hujan mula mencurah-curah.  Hujan rahmat menyirami bumi, mencuci noda dan dosa.. menjadi suci, sebelum dicemari semula oleh insan-insan yang menghuni..

 

Petang nak berjogging, laluan masih basah.. nak beraerobik malas lah pulak, akhirnya aku melayan tv dan membaca buku.. Dingin dan nyaman, suasana segar selepas  hujan melanda.. aku lena dengan hembusan bayu malam yang menyegarkan… kurrrrr kurrrrr.


Ayam Jantan

SELASA 25.05.2004

Ayam jantan berkokok mendayu-dayu menyambut subuh, keheningan suasana masih terasa kerana insan masih terlena. Kokokkan bersahut sambut menyambut  bagaikan pertandingan suara merdu, kena baling dengan batu baru tahu. Ah kenapa aku malas untuk bangkit..adakah keletihan semalam membuatkan aku begini, oh Tuhanku berikan aku semangat untuk mengharungi keidupan ini. Hari selasa adalah hari malasku hehe… apa-apa pun seperti biasa tepat pada waktunya aku sudah sedia untuk ke pejabat.

 

Perjalanan yang selesa bagaikan dilorongkan sahaja hala tuju, lampu isyarat memberikan kerjasama yang baik… tidak menahan aku diperjalanan.. aku maju dengan riang. Setibanya aku dipejabat aku lihat banyak tempat parking telah dihuni, aku menjadi hairan.. selalunya aku lah yang mula tiba, bebas memilih ditempat yang redup. Kufikirkan balik, bertemu juga jawapan.. oh hari ini kan ada mesyuarat yang sepatutnya aku hadiri, lalai sungguh aku.. nasib baik persiapan sudah diselesaikan Jumaat lepas, untung aku tidak menangguhkan kerja.

 

Mesyuarat berlalu dengan pantas, walaupun 3 jam lamanya tidak terasa kerana berhujah dan bertingkah untuk mencari jalan keuntungan, mata celik telinga mendengar.. kerana wang menjadi  taruhan, dapat bonus biarlah kencang.. sesungguhnya bukan mata keranjang tetapi hanya mata duitan (heheehe). Kata sepakat dicapai sudah, usaha kena ditingkatkan kalau hendak mendapat habuan..

 

Keluar mesyuarat terus ke kafe mencari makanan, tapau sudahlah pasti. Sepantas kilat aku datang sepantas petir aku keluar, segan aku dikhalayak ramai yang sedang menjamu selera dengan lahapnya. Sambil makan aku melayari YM baru ada masa untuk belayar… ramai yang menegur bertanya kabar, ingat juga pada aku yang serba kekurangan ini..  terima kasih.. belayar hanya sebentar kerja perlu dilangsaikan, ada masa bertemu kembali.

 

Kalau subuh ayam berkokok menandakan sudah dinihari, pergerakkan kakak-kakakpula  menjadi petanda waktu balik sudah hampir (terima kasih kerana menjadi jam kepada aku). Aku pun yang sedari tadi goyang kaki dan berangan-angan (kerja dah siap weh) mula mengorak langkah. Selesai sudah hari selasa yang merengsakan…

 

Walaupun hari selasa hari malas aku tapi aku tetap berjogging di taman perm***** kesihatan perlu dijaga, walau apa rintangannya. Redup petang menambahkan romantik suasana di taman, sepasang kekasih sedang memadu kasih.. asalkan ikhlas apa salahnya, jangan ada udang disebalik batu, mulut manis berkata tapi lidah bercabang.

 

Terima SMS dari sesaorang, rindu katanya, ah ramai sangat yang rindu..  perasaan rindu yang datang dari hati yang ikhlas seperti perhubungan adik dan abang… tempat mencurah segala keraguan dan kasih sayang.  Aku balas pasti satu masa akan ketemu jua, hanya rezeki yang menentukan.. kita hanya mengharap.. Alunan muzik keroncong berkumandang, mendayu-dayu membelai jiwa yang kekosongan.. aku lena ditemani radio usang yang setia…. On your mark, get set, tidur...

 

Resah

ISNIN 24.05.2004

Isnin datang lagi, bermulalah hari kerja bagi  minggu ini.. semangat ku berkobar-kobar tidak sabar rasanya untuk ke pejabat, bertemu tugasan-tugasan aku yang belum disempurnakan..tunggu ye sayang aku hendak bersiap, sedetik cuma, jangan merindui daku sayang.. kita akan bertemu akhirnya..  Sejuk rasanya pagi ini, semalam hujan rahmat turun mencurah-curah menyirami bumi gersang.. aku bersyukur atas nikmah dari Mu ya Tuhanku. Aku melangkah ke kereta untuk kesekian kalinya.. aku menjeling pada nya, aku masuk kedalam nya, aku menghidupkan nya, maka bergeraklah ia menuju arah tujuan.

Sambil memandu aku memerhatikan keadaan sekeliling.. sebagai insan  yang kerdil, aku mencari dan menilai kejadian sekeliling.. adakah hikmah disebalik setiap sesuatu.. aku mencari jawapan yang pasti. Dalam sibuk memerhati aku terpandang, seorang tua menyorong motosikal.. keringat membasahi keti** walaupun dipagi yang dingin… hanya doa kesejahteraan yang mampu aku lontarkan agar beliau mendapat pertolongan. Kenapa tidak aku sahaja yang menolong, persoalan itu amat sukar dijawab.. mungkin jiwa aku belum bebas dari belenggunya.

 

Doa aku dimakbulkan, sebuah motorsikal menghampiri memberikan pertolongan… rupanya mekanik jalanan memberikan khidmat .. semoga baktimu diberkati..amin. Aku memandu dengan tenang. Sampai di pejabat,  terus menuju ke bilik air, nak terkucil lah pulak..

 

Perut aku sakit  oh kenapa…. kenapa… kenapa.. adakah makanan yang aku makan semalam menjadi penyebab… fikiran aku berputar mencari jawapanya.  Kerja tetap diteruskan, sesekala mengunjungi bilik kecil melapas rindu.. Mata-mata liar memandang aku, bergerak kesana-sini tidak keruan.. muka mencuka tanpa senyuman.  Kakak K yang baik hati menghulurkan tangan menyelamat, memberikan ubat yang paling mujarab… dimakan setabung hilanglah sudah seksa yang diuji. Perlukah aku merintih atas ujian sekecil ini… aku insaf.

Masa berlalu dengan pantas, kakak-kakak sudah lama menghilang, jam sudah menunjukkan pukul x.xx menandakan waktu pulang sudah tiba.. mengemas mana yang patut dan bergerak untuk kembali ke teratak sulam tampal hehehe. Merehatkan diri dari lelah memandu, menghirup milo sambil membaca akhbar. Aku tidak makan petang ini sebab malam ada dinner date dengan siapa ye (rahsia) kita gelar dia x aja ok.

 

Pertemuan di tepi sungai menikmati makanan laut yang segar, emmmm enaknya.. bercerita panjang sambil bertentang mata, semakin menawan aku lihat dikau.. mata mu yang bundar itu menarik kalbuku, bibirmu bak ulas limau mahu aku cium, pipi mu bagai apam tanjung malim ingin ku jamah… apakan daya ramai yang memerhati walau dalam kesamaran.. Terima kasih kerana sudi berjumpa dengan aku, tapi permintaan mu tidak dapat aku tunaikan kerana berpegang pada janji, bertemu hanya untuk bersua tiada lain darinya.. yang lalu biarkan menjadi kenangan tidak akan diulang.. kau pun fahamkan.

Kipas berputar ligat, sama ligat dengan fikiranku, segala macam yang aku fikirkan… jarang aku berkeadaan begini.. teringat aku kepada kata-kata yang dihamburkan oleh x tadi, kata-kata yang menyentuh kalbu.. aku harap x faham kedudukkan aku, bukan aku mengelak tetapi keadaan tidak mengizinkan … aku sudah berubah demi kebaikan aku.. maaf kan aku x… Aku lena dalam keresahan… xxxxxx


Setiakawan


JUMAAT 22.05.2004

 

Jam locengku berbunyi nyaring,  sudah tiba masa untuk aku bangkit memulakan hari baru.. Pejam celik, pejam celik dah hari Jumaat, hari yang mulia lagi berkat.  Jumaat juga merupakan hari terakhir aku bekerja bagi minggu ini, esok lusa cuti…  Kalau hari Jumaat nie aku memakai baju melayu dan bersampin, bergaya lagak ‘teruna’ nak bernikah..  setelah mengenakan songkok aku memulakan perjalanan..

 

Di dalam lif aku perhatian ekor-ekor mata mencuri pandang ke arah aku, peduli apa.. aku pakai apa yang aku suka bukan kacau orang..  aku perhatikan anak-anak dara yang semalamnya berpakaian singkat menampakkan buah pahanya bertutup liput dengan baju kurung berserta selendang ala-ala tipah tertipu, nampak ayu.. (ai takkan hari jumaat jer tutup aurat).. tapi siapa aku untuk menghakimi orang sedangkan aku juga ada kekurangan yang bukan sedikit.. seperti tetek aku tak sebesar tetek dia orang atau mereka walaupun berdarah 7 hari tanpa henti setiap bulan tapi tidak mati-mati, kalau aku sure dah gol (bukan sure hebooohhhh si Zamri tuh.. sori yer Zam babitkan ko lah pulak).

 

Pagi aku bz sedikit, tak sempat nak melayari bahtera di tasik YM, tak apa lah masa belum mengizinkan nanti bila luang pasti aku ziarahinya juga… Ada  perjumpaan bolgger yang dianjurkan oleh Sabak  aku dijemput sama.. Minta ampun aku tidak dapat hadir bukan kerana sombong mahupun malu tetapi ada banyak sebabnya.. Selamat bertemu blogger semua semoga komuniti kita akan bertambah matang dan berkembang biak... 

 

 Jam 1230 aku memulakan perjalanan ke Masjid yang terletak di atas bukit .. tersergam indah dengan ukiran yang unik lagi menarik.. bertuah sungguh negara kita kedaulatan Islam sentiasa terjaga.  Aku menjamu selera dahulu, pastinya aku memesan makanan kegemaranku iaitu ‘white rice with hot malaysian cheese by the lake’  kenyang juga perut aku.. Mengambil wuduk dan sembahayang sunat dan menantikan khutbah… Khutbah menyentuh mengenai peranan masyarakat terhadap meningkatkan setiakawan dan amalan tolong menolong…  emm bila kah kali terakhir aku menolong (bukan melolo ye) orang..

 

Menyambung tugas dan menyiapkan mana-mana kerja yang perlu  dilangsaikan.. aku tidak mahu memikirkan tentang kerja pada hari cuti rehat aku nanti… hari rehat bagiku adalah amat berharga dan amat peribadi sebab itu aku tidak tulis kejadian-kejadian yang berlaku pada hari Sabtu dan Ahad dalam blog (jangan marah yer)…

 

Terima SMS dari Zal orang yang aku tidak kenali, hendak berjumpa.. puas aku menanya dari mana dia dapat nombor aku.. jawapannya dari kenalan aku, satu jawapan yang tidak dapat aku terima. Kali pertama dia menghantar SMS adalah pada bulan Disember maknanya hampir 6 bulan dia cuba untuk berjumpa dan dot dot.. tengoklah mungkin hujung tahun nanti kalau aku sudah sedia untuk bertemu dengan dia (zalim juga aku kan).

 

Malam untuk menghilangkan bosan aku keluar saorang diri, tempat tujuan adalah pusat boling yang berdekatan.. bagai berjanji aku bertemu dengan Fa.. sempat lah kita main 2 round kemudian minum di gerai yang popular dengan nasi lemak kukusnya.. sental bagai tiada hari esoknya lagi, kekenyang.. pulang dan mandi (jangan amalkan mandi malam kecuali terpaksa).. Segar pulak lepas mandi, namun aku perlu tidur pada waktu yang ditetapkan..  Aku lena dibuai alunan muzik Kitaro… banzaiiiii….

 

Rindu Semakin Jauh

KHAMIS 21.05.2004

Segar pagi ini, bermimpi indah semalam..bersama xx memadu kasih
asmara. Membelek-belek jadual kerja hari ini... ada 2 temujanji dengan klien..ok lah tu aku kenal dengan mereka no hal punya kerja pasti beres. 

Ngauman bunyi dari eksos yang telah diubahsuai, mengejutkan aku dari lamunan, aku memandang kearah pemandu yang berada disebelah kiri aku.. masih muda orangnya, bergaya tapi kemanusiaan elek zero kosong... aku tertanya-tanya adakah mereka yang mengubahsuai kenderaan nie telah memohon kelulusan dari pihak yang berwajib dan apakah tindakan dari pihak berkuasa mengenai nya... undang-undang hanya akan dipatuhi jika ada penguatkuasaannya jika tidak ianya hanya menjadi bahan bacaan untuk kajian sahaja..(betul ke apa yang aku cakap nie emm..)

Hari khamis tentunya malamnya malam jumaat.. jadi mana-mana kakak-kakak yang tersenyum riang hari ini pasti kena giat dengan aku, yang aku suka mereka nie suka membalas balik jawapan yang sering diberi adalah.."ko nie mana tahu semua itu.. nikmat dunia, kalau kau dah rasa nak pi kerja pun malas tau" amboi-amboi statement pukul maut gitu.. (yang kakak-kakak tu tak tahu aku pun dah rasa itu semua, memang tidak boleh dinafikan lagi kenyataannya). Update blog untuk hari Rabu, tajuk kehilangan, akhirnya apa yang aku tulis pun hilang dek tak sempat save...memang kehilangan menjadi kenyataan.

Temujanji yang pertama telah selesai, aku dapat yakinkan klien tentang perjanjian yang akan dimetri nanti.. bos pasti gembira. Sekarang aku sedang menanti temujanji yang kedua pula.. harap-harap berjaya juga.. amin.

Petang nie aku tidak kemana-mana duduk di rumah sahaja tak pergi jogging atau berkebun.. duk relek sebab nak ke surau hari ini.. sesekali menjengah ke
sana apa salahnyakan ( sesekali emm..). Sekembali dari surau aku menonton 'rindu semakin jauh' episod akhir.. ceritanya baik juga cuma yang baiknya buat happy ending... bila cinta rosyam (lupa lak nama watak nya) ditolak oleh shyira, dia beralih cinta kat aiman lah pulak dan menjadi pasangan gay yang terlampau (best tak cadangan nie). Membaca buku dan akhirnya lena dalam jaga....

Kehilangan

RABU 20.05.2004

Bangkit awal hari ini..semalaman tidak lena tidur kerana memikirkan siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri
India yang baru (hheheehe).. Bersiap diri seperti biasa dan keluar awal kepejabat.  Di perjalanan kenderaan masih kurang, maklumlah awal pagi.. semuanya memandu perlahan-pahan sahaja macam hendak [pergi bersiar-siar sahaja.. itulah keuntungannya kalau tahu merancang perjalanan.. apa yang buat mesti ada perancangan, baru rencana menjadi lancar.

Pejabat masih lengang, seperti biasa akulah yang paling awal tiba..melayan email yang entah dari mana berpuluh-puluh yang ada emm delate aja yang tak berkenaan... dalam pada itu ada juga email dari rakan yang jauh dimata berada nun di
sana, terima kasih kerana masih mengingati diriku ini.. membalas email dan meronda-ronda YM sebentar (masuk keluar room sahaja).  Pejabat yang lengang tadi telah mula berpenghuni keadaan menjadi semakin sibuk aku meneruskan kerja aku. TTerima SMS dari Ha* mengingatkan janji malam nanti.. masakan aku lupakan janji tu Ha* jangan risau.

Tengahari tidak turun makan, terasa kenyang sahaja kerana hati gembira dapat bertemu Ha* yan telah sekian lama menghilang diri.  Aku dipanggil bos kebiliknya..emm apa halnya pulak nie. Adakah aku ada membuat kesalahan atau ada tugusan yang menanti. Ramalan ku benar belaka aku diminta menghadiri 2 mesyuarat minggu depan..yang aku geram tu aku kena ganti pegawai yang sepatutnya ke mesyuarat tu tapi disebabkan dia akan bercuti aku jadi mangsa menggantikannya, hampeh betul.. dan bos kata dia akan ke
Paris minggu depan, aku sound kat dia .. kalau sampai disana jangan lupa kami disini sambar-sambarlah apa-apa yang patut untuk kami yang ditinggalkan. :)

Petang aku tidak berjogging, mendung aja jadinya aku ringankan tulang menebas rumput yang sudah meliar dihalaman.. keluar juga peluh. Sambil kerja sambil menjeling kat anak dara jiranku. bertambah manis dia pasti akan jadi perhatian teruna sedikit masa nanti.. aku hanya melihat dari jauh aja.  Selepas Maghrib aku keluar untuk menemui Ha*, Ha* tiba lebih awal.. terhidang minuman yang telah Ha* pesan.. emm Ha* masih ingat minuman kegemaran ku, ini yang membuatkan aku sayang pada dia.

Berbual cerita suka, duka, gossip dan hal-hal panas yang telah kami lalui.. Hanya itu yang dapat kami lakukan.. Aku dan Ha* tidak lagi akan mengulangi adengan yang panas itu.. Dapat bertemu dengan Ha* meleraikan rindu dendam pada nya..  setelah dua jam bercerita berbual mesra kami berpisah... aku melihat Ha* berlalu dengan linangan air mata.. rindu semakin jauh (jangan lupa nonton jan
10.30pm TV3 malam nie ye).

Dalam kesamaran malam aku lena dibuai kenangan indah bersama Ha*... rinduuu pada mu.


Janji

 

SELASA 18.05.2004

 

Bangun pagi, gosok gigi, pergi mandi, pakai baju, minum kopi, pergi sekolah, senang hati…. Itulah lirik lagu yang selalu didendangkan oleh anak jiran ku yang masih bertadika.. dan rutin ku hampir serupa dengan lirik lagu tersebut dengan sedikit pengubahsuaian… nak tahu liriknya..ok ini dia… Bangun pagi, minum air, senam rimau, pegang ko** (hehe),  pergi mandi (wajib), pakai baju, minum pagi, pergi kerja, senang hati…

 

Hari ini aku membentangkan laporan di IP**, ramai juga yang hadir dan bertanya soalan, mana yang aku boleh jawab aku jawab, mana yang tidak tu aku kata cari jawapan sendiri (kejamnye aku hehehe)..  Seharian aku berada di situ (sebab itu blog ini tidak dapat di update, dan cerita hari pendek sahaja, jangan marah ye). Dalam perjalanan pulang aku teringatkan kakak-kakak di opis, kerana masa inilah semakin sibuk keluar masuk ke restroom… solek akak solek jangan jadi macam PHSM sudahlah ye.

 

Seperti biasa selapas berjogging di taman Perma**** aku meronda sebendar di pekan K, membeli bekalan mana yang telah berkurangan di rumah.  Hantar SMS kepada Ha* mengingatkan temujanji hari malam esok..  Ha* membalas dia masih ingat dan memang ternanti-nantikan waktu pertemuan esok.. rindu katanya lagi.  Sudah lama aku tidak jumpa Ha*, adakah dia masih seperti dahulu atau telah berubah… esok akan terurailah persoalan-persoalan tersebut.. aku lena diulit kenangan dimasa lalu… berahi..

 

Kitar Semula

 

ISNIN 17.05.2004

 

Hari Isnin menjelang juga akhirnya, setelah sekian lama aku menanti… ye aku suka hari Isnin kerana akan mula berkerja semula setelah bercuti di hujung minggu… bukannya aku rajin sangat tetapi pada ku berkerja ini merupakan salah satu dari tanggung jawab dan sumbangan aku kepada negara .. juga untuk kebaikan diri ku sendiri.. dimana ada bijak.. disitu orang kunjung.. dimana bumi dipijak.. disitu langit dijunjung…

 

Lebuhraya sarat dengan kenderaan pelbagai jenis, termasuklah mobil aku yang sedang-sedang elok besarnya membelah udara pagi menuju ke arah tujuan.  Pagi-pagi ini aku jarang memasang aircon kerana udara masih sejuk dan nyaman.  Aku menghirup kedamaian pagi…segarnya.. Kekalkanlah kebersihan negara kita dengan mengamalkan kitar semula. . bukannya susah hanya dengan usaha sedikit kita dapat mengurangkan pemusnahan alam sekitar dan  bahan asli dapat digunakan semaksima yang mungkin.. ingat kita hanya meminjam dunia ini dari generasi yang akan datang jadi pulangkan ia dalam keadaan yang sempurna..

 

Sepanjang pagi aku tidak meninggalkan meja ku kerana menyelesaikan laporan untuk dibentangkan  pada hari Selasa di IP** (bukan IPTA ye, tak lah sampai ketahap itu). Seperti biasa sempat juga jenguk YM.. alahai dah ada dua roomlah pulak satu sayangabang (SA) satu lagi bilik PLU emmm…. Jengah SA, adalah sebatang dua yang nic nyer aku kenal, pas tu masuk bilik PLU.. baru betul J,  tengah hangat citer pasal BBQ emmm… lepas boling.. BBQ dah tu Kara-o-k pulak…meriah-meriah. Bila lagi nak bergotong royang bersihkan rumah orang tua-tua (but still cando) pulak. (mie ban jawab-jawab)… berbakti kepada tanah..nampak hasilnya.. berbakti pada manusia..Allah jua yang membalasnya.

 

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati… alhamdullilah selamat aku membaham sepinggan nasi  kandar yang ditaja khas oleh kakak K yang duduk nun jauh di sudut opis ku.. semoga murah rezeki mu kakak K (barang sesiapa yang nak berkenalan dengan kakak k silakan tapi kenalah langkah mayat suaminya dulu hehehe).  Oh, ye tertinggallah pulak, pagi tadi AJ kasi aku view cam dia, wah pp tambah tembam n menawan, bertambah macho dengan kehadiran janggut yang semangkin melebat… dada terdedah menampakkan pangkal tek yang mekar (hehehe)… emmmmm..  cerita wayang cerita kojek.. pergi menonton dengan ramon.. semoga berjaya laksanakan projek.. sabtu nanti tonton doraemon (khas untuk AJ)

 

Petang pergi berjogging dan main buai (hehehe)..  badan segar  peluh keluar,  balik rumah cuci seluar… selapas mencuci aku jemur di dalam rumah takut nanti esoknya ia bertuankan orang lain pulak… (berhati-hati sebelum kena, sudah kena rasa lah nikmatnya)…

 

Berkhayal dipembaringan memang menyeronokkan, lebih-lebih lagi mengenangkan aksi-aksi panas yang telah dialami (sekarang sudah pencen), lamunan terhenti dek serangan nyamuk…  nyamuk..nyamuk walaupun ko kecil tetapi amat menyakitkan hati, malang nasibmu kerana ko nyamuk betina (kalau jantan pasti aku goda) maka bercerai nyawa dari badan bahana terkena penampar sulung ku (adakah aku berdosa membunuh makhluk  ciptaan Allah)…  Aku lena  diselubungi misteri nusantara (diselubungi asap ubat nyamuk hehehe)…..  wasallammm.


Posted at 01:01 pm by kak-rah
Comment (1)  

Edisi 1

Pantun

 

JUMAAT 14.05.2004

 

Aku merenung ke siling seketika.. memang sudah menjadi amalanku, tidak terus bangun apabila tersedar dari peraduan.  Apabila aku rasakan semua sistem tubuhku telah bersedia untuk menjalankan tugasnya..aku meneguk segelas air (telah tersedia disisi katil) dan mula melakukan senam harimau (baik untuk rengangan dan kesihatan batin – amalan orang tua-tua yang berjiwa muda..emmm).

 

Azan subuh memecah keheningan,

Memuji kebesaran Maha Esa, 

Bangkit aku dari pembaringan,

Meneruskan hidup yang tersisa. (Aku bersyukur Ya Allah)

 

Aku bersuci, solat, sarapan dan bersedia ke pejabat (macam pernah baca yer tapi dimana).

 

Kekasihku telah bersedia untuk menjalankan tugas (setelah aku rehatkan dia semalam) halus sahaja derumannya (manja-manja gitu).  Ah! Selesa……

 

            Kisah semalam aku terkenang

                        Terpacak  persis Pak Khatib,

            Perjalanan lancar jalan lengang,

Aku memandu dengan tertib. (angkat bakul weh..)

 

Aku selamat sampai tempat tujuan tanpa halangan, Alhamdullilah. Rehat sebentar melepaskan lelah….

 

Pagi ini aku dipanggil boss, gangguan mental betul… mesti ada tugasan nie.

 

Ku sangaka panas hingga ke petang,

                        Rupanya hujan di tengahari,

Ku sangka boleh mencuri tulang,

                        Rupanya tugasan berat menanti. (berpantun-pantun pulak kita hari ini).

 

Aku terima sahaja tugasan yang diberi, sudah menjadi kewajiban takkan nak makan gaji butakan…

 

Baca email sudahlah tentu,

Ada dibuang ada dibalas,
Buat kerja biar bermutu ,

Disulam dengan niat ikhlas (hehe nasihat untuk diri sendiri).

 

Menjelang tengahari tugasan tersebut selesai, aku bersiap untuk berjumaat di Masjid JG..

Lalai sungguh aku, tertidur semasa khutbah dibaca…

 

            Khatib lantang di atas mimbar,

Makmum mendengar terpegun, (kecuali aku sebab tertidur)

Nasihat sakti jadi ikhtibar,

Perlu amalkan dengan tekun.

 

 Sekembali dari masjid aku, melayari internet mencari bahan rujukkan..

 

            Makan tempe sudahlah jemu,

Makan burger atas beting,

            Layar internet carilah ilmu,

Bukan hanya untuk berchatting. (chatters kat YM dikecualikan)

 

Seronok kerja hari Jumaat nie kerana esok….cutiiiiiiiiiiiii.

 

            Kakak-kakak sedang bersolek,

                        Pakai gincu muncung gigi,

            Tiba  masa untuk kelek,

                        Selamat jalan jumpa lagi.

 

Di rumah aku sempat menonton tv,  sambil membaca surat khabar… berita sedih lebih banyak dari yang gembira.. tindas menindas berleluasa (atau tindih menindih hehe).. bilakah dunia akan kembali aman…

 

Cuba perhati Iraq kini,

                        Penuh dengan anggota tentera,  

Sungguh nikhmah tinggal disini,

                        Aman damai hidup sejahtera. (jangan lupa tu kekawan)

 

Hari ini merupakan hari rehat bagi HP aku yang bernombor 01x-xxxxxxx  kerana tiada satu panggilan mahupun sms diterima, mungkinkah aku sudah dilupakan oleh teman-teman? (dengan nada merajuk, C minor) … hampeh buat habis bateri aja. (sambil bercekak pinggang).  Sebenarnya aku pun sama tak hubungi mereka hari ini jadinya kenapa aku nak marah-marah pulak (kena batang hidung sendiri).. it take 2 to tango (hehe).

 

Tengahari waktu berehat,

Rasa lapar perut berbunyi,

            Kawan, rakan atau sahabat,

Menjadi teman dikala sunyi.

 

Di pembaringan aku termenung memikirkan, arah tuju hidupku.. perlukah aku berubah?... Aku lena bersama persoalan yang tidak berjawab…. Sayonara.

 

Seluar koyak sudah ketara,

Sulam tampal dengan temali,

Hidup ini hanya sementara,

Kepada Nya kita kembali.

 

Malam Jumaat

Khamis 13.05.2004

Bagaikan robot yang sentiasa mengikut arahan.. aku laksanakan rutin yang telah diatur sedari dulu setiap pagi.. Hari ini aku pergi kerja dengan menaiki bas sahaja, aku rehatkan dulu kekasihku di rumah (sakit katanya hehe).. Ramai juga orang diperhentian, masing-masing dengan haluan sendiri.. Aku mencari-cari bas ke destinasi, macam rusa masuk kampung.. maklumlah dah lama aku tidak naik bas nie. Bas yang dicari ditemui, sudah ramai di dalam.. ahh naik ajalah.  Semua tempat duduk telah dipenuhi dengan punggung-punggung yang pelbagai
sais,  kenalah jadi tukang pacak gamaknya (dapatlah aku bergesel-gesel kalau ada rezeki).

Rupa-rupanya aku merupakan orang yang paling akhir menaiki bas. Perserta tunggal yang berdiri memegang tiang umpama khatib sedang menyampaikan khutbah Jumaat. Aku rasa semua mata memandang ke arah aku seolah-olah
cuba menelanjangkan diriku ini (macam aku buat tiger show pulak).  Ah apa peduli bukannya luak... penat berdiri aku bersandar.. penat bersandar aku berdiri hehe.. menitis juga peluh jantina (jantan dan betina, combine) dicelah-celah keti** aku. Kalau dah ramai-ramai nie maka timbullah pula pelbagai bau ada yang harum, manis dan segar bercampur baur.. tidak juga dilupa bau hapak, mungkin yang empunya diri tidak mandi atau memakai pakaian semalam.. emmm menyesakkan hidungku yang 'terletak' ini sahaja.

Sampai juga aku di pejabat.. rehatkan diri sebentar.  Kakak-kakak masih hanyut dengan dunia mengayam ketupatnya (ada saja topik hangat setiap hari, maklumlah orang ada dua mulut..opps terngumpat pulak aku). Update blog.. baca email dan seterusnya kerja dengan tekun di sulam seketika, menyusuri YM. Terima SMS dari Ja, nak jumpa malam nie.. mentang-mentanglah malam jumaat, ada jer programnye :) .. aku balas ok..

Makan tengahari dan meneruskan kerja.. aku kalau dah mula kerja janganlah kacau-kacau sebab kalau dah berhenti malas mulakan semula (dasar pemalas). Riuh sungguh kakak-kakak nie menggangu konsentrasiku sahaja.. kalau nak bersolek tu dok diam-diam jer, ini tidak.. macam mulut murai.. susahlah kalau kerja dikelilingi dengan kaum hawa nie.. dahlah tak cando (hehe) semua dah ada balak. Maka dengan keriuhan itu aku tahu beberapa detik lagi tibalah masa untuk balik, yeh yeh.

Kali ini aku dapat duduk (hehe) bas pun tak penuh, mungkin ramai yang belum pulang.  Emm walau tidak ramai tapi haruman masam, pahit, payau menyelubungi  ruang.. yang harum hilang entah kemana.. darjah pencemaran mencapai tahap berjaga-jaga.. aku bernafas menggunakan mulut.. legaaaa.  Ja sms lagi, temujanji dibatalkan.. emm ngada-ngada betul punah sudah rancangan yang diatur... belum rezeki katanya, aku pasrah.

Di sejadah aku membaca yassin yang sudah diselubungi habuk-habuk halus..rupanya lama sudah aku tidak menyentuhnya. Sibuk? BZ? Tiada masa? bukan alasan.. aku malu padaNYA. Aku renung kembali setiap kenikmatan yang dikurniakan, bukan pembalasan dipinta hanya ingatan seketika.. sebelum bertebaran melakukan rencana. Ya Allah ampunkan diriku yang kerdil ini.. bimbinglah aku kejalan yang benar. Aku lena dengan linangan air mata.... ampunkan akuuuuu.

Lorong licin

Rabu 12.05.2004

Lewat, lewat, lewat aku sudah terlewat (bukan liwat ok)..Seluruh badan sengal-sengal, kenapa yer :).. Bagai lipas kudung aku bersiap untuk ke opis... Aku pandu laju menuju ke
kota L (emm emm bukan kota london eh). Alhamdullilah, sampai juga aku di destinasi sebelum mesin penumbuk (punch clock) berbunyi..  Cari mangsa untuk temankan aku ke kafe almaklumlah aku nie pemalu ya amatz.  Betul kata orang lama-lama, gendang gendut tali kecapi.. kenyang perut suka hati.. buat kerja dengan pasti.. rezeki datang berpeti-peti.

Pagi-pagi dah kena 'sound', bau minyak urut.. aku hanya senyum kambing aja, buat-buat tidak dengar (malaun betul ada jer yang perasan, bukannya nak tolong urut.. pukul canang pulak satu opis).  Kakak di sebelah tersenyum manja pada aku, sambil berkata lori minyak urut terbalik ker semalam KR (emm bisa bisa). Aku kata kat dia "kalau aku jadi orang minyak sah-sah dahi dia yang kena pangkah dulu" (ini yang aku kata dalam hati hehe) sebenarnya aku cakap macam nie "memang pun lori terbalik, ada saya simpan setong untuk akak, kalau rajin datanglah ambil di rumah" (dengan nada sopan santun ala-ala jejaka melayu terakhir).

Sedang aku tekun berkerja (sambil chatting kat YM), telefon berdering di hujung talian kedengaran suara parau yang amat aku kenali, tentu ada hajat bersarang dihati.  Dugaan ku benar belaka (macam tajuk lagu pulak), janji dimetri berjumpa malam nanti untuk main bersama-sama.. berempat pulak tu pasti hangat.... saat ini memang aku nanti-nantikan walaupun masih sengal-sengal badan..

Tengahari, makan dan menjenguk blog, masih macam itu belum diserikan lagi.. aku belum ada masa untuk menghias segala. Seperti biasa jam tak rasmi mula bergerak ke restroom tahulah aku waktu untuk pulang hampir menjelang.. cepat-cepat siapkan kerja dan kemaskan meja.. selesai sudah kerja aku hari ini semoga diberkati Allah, amin..

Aku tersenyum sendirian di sofa, memikirkan strategi mainan malam nanti.. dapat aku bayangkan, pergerakan pantas menyusuri lorong-lorong licin menuju sasaran... aku pasti akan berada di atas kali ini... selama ini aku sahaja yang berada di bawah.. aku lelap dalam angan-angan.  Azan Isya' mengejutkan aku dari lena, bersuci dan sujud aku padaNYA.

Aku tiba di tempat yang dijanjikan tepat pada waktunya, Sa, Ro dan Cc telah tiba, hanya menunggu kedatangan aku sahaja (eemmm tak sabar-sabar betul korang nie)... Aku lantas membuka beg, mengeluarkan peralatan yang dibawa.. aku diberi penghormatan untuk memulakan permainan, dengki betul,  buat aku panik aja...  dengan selamba aku menghala  kesasaran... rakan-rakan aku terjerit-jerit (sepatah kata P.Ramli - "macam monyet") sambil bertepuk tangan.... yessss aku STRIKE.. baru depa tahu aku siapa. Semua mata memandang kearah kami dengan riak muka bagai berkata 'gile ke apa main bising-bising". Permainan diteruskan sehingga tamat,  seperti biasa aku tewas tapi aku puas dan berjanji akan bertemu lagi di masa depan...

Berehat di atas katil, hendak bersiram terasa malas..membaca buka seketika.. Aku lena disaluti garam-garam halus ditubuhku... zzzzzzzz 

Menanti 

Selasa 11.05.2004

Celik mata, mengucap syukur kerana dipanjangkan umur sehari lagi,  bagaikan telah diprogram aku terus melakukan perkara-perkara yang telah menjadi rutin harianku (displin kena jaga).  Dalam perjalanan ke opis aku nampak satu kemalangan kecil, dalam keributan masing-masing untuk pergi berkerja ada yang alpa.. kesilapan sedetik menjadi bebanan yang tidak  diingini.  Kata orang "Berhati-hati di jalanraya, ingat orang disayang"... mungkin yang selalu menyebabkan kemalangan ini orang-orang yang tidak ada kasih sayang dihati mereka.

Hari ini aku gembira kerana blog aku telah dapat disiapkan (setakat rangka sahaja, belum sempat dihiasi lagi).  Sabak menjadi tetamuku yang pertama...terima kasih Sabak kerana sudi mengunjungi teratak yang tidak seberapa ini.. juga pada Tommy, Asta, Hide dan Kafa. Sudi-sudikanlah dilain kali ok. Baca email dari Za*, amboi hantar madah madah yang mengesankan jiwa... kau memang jiwanglah Za*.  Terima panggilan dari klien nak jumpa esok jam 11, aku kata ok lagi pun aku lapang pada masa tu. Teruskan kerja sehingga perut terasa lapar, oh! sudah tengahari rupanya tidak sedar masa berlalu (orang sibuklah katakan tapi sempat juga masuk YM hehehe).  Macam biasa tapau dan makan kat pantri.. 

Petang terima SMS dari Za* (emm dia nie hari hari mesti kacau aku) nak jumpa katanya, nak beri ole-ole yang dia beli tu.  Rancang nak jumpa kat KS, ok juga sambil menanti dapat aku cuci mata.  Kakak-kakak dah mula bersiap untuk balik, masing-masing bertali arus menuju ke restroom, nak touch up kot.. supaya nampak anggun, suami lihat pasti terpegun. 

Aku tiba awal di KS,  sambil menanti Za* aku tawaf keliling KS besar juga tempat nie, bersih dan teratur.  Puaslah aku cuci mata, melihat dari kejauhan keindahan ciptaan Allah, makhluk yang dipanggil lelaki. Mentari masih memancar tetapi sudah kurang bahangnya berbanding semalam, Za* tidak kunjung tiba, sudah lupakah dia dengan janji yang telah dimetri.. Aku tetap setia menanti dan menanti, detik masa berlalu dengan perlahan..aku resah.

Hoi! jerit Za* sambil menepuk bahu aku, aku menjerit terkejut (nasib baik aku dapat kawal suara parau aku ke tune lemak merdu). Menung jauh nampak, kata Za*.. aku memandang kosong kearahnya. Kami pergi minum dan Za* memberikan ole-ole yang sungguh indah padaku.  Terima kasih banyak-banyak atas ingatanmu itu. Bertemu pasti akan berpisah, setelah sejam berborak masing-masing kembali ke haluan sendiri dengan janji akan bertemu lagi dalam suasana yang berlainan :)..

Jam menunjukkan pukul 6 petang, aku berada di taman reakrasi.. sudah lama aku tidak beriadah, semua anggota badan dah menjerit perlukan senaman (anggota badan boleh berkata-kata dengan caranya sendiri).. Letih dan capek itu yang dapat aku simpulkan tapi aku puas, aku janji akan tekun melakukannya (lagipun dapat tambah stamina untuk lakukan 'tugas-tugas' berat nanti)..

Aku tidur awal hari ini, tidak larat untuk melayan tv dan membaca.. bahana dari riadah petang tadi. Kali ini aku tidur bermandikan minyak urut...seluruh badan sengal-sengal...(kang sabak  boleh tolong urut ke)...

Panas Membara

Isnin 10.05.2004

Awal pagi dah tersedar, emm belum subuh lagi.  Bersenam sebentar dan meneguk air suam lantas ke kamar mandi.  Hening suasana tetapi kenapa masih membahang kepanasan semalam, adakah musim hujan telah berlalu. Selesai sarapan aku memulakan perjalanan ke tempat kerja.

Belum ramai yang sampai di opis, maklumlah lama lagi masuk waktu kerja.  Aku  membuka email dan membalas mana yang aku fikir patut. Sambil-sambil itu menjenguk sebentar kat YM macam-macam room aku masuk saja ronda-ronda.  Pagi-pagi lagi Za* dah call, maklumlah orang baru balik dari bercuti aku tidak dapat ikut sebab ada kerja yang perlu dibereskan.  Macam-macam yang dibualkannya termasuk katanya ada buah tangan buat aku, hehe ingat juga dia kat aku nie.

Kerja-kerja semakin bertambah, entah dari mana datangnya taklah aku tahu puncanya yang pasti aku kena bereskan juga....nak mogok rasanya (nak curi tulang pun tak sempat). Cepat masa berlalu tak sedar sudah sampai masa untuk lunch, turun ke cafe dibawah tapau mana yang patut. Aku nie malu nak makan dikhalayak ramai nanti ada jer mata liar yang memandang, hilang selera aku atau selera mereka yang hilang...  

Petang ada meeting, la kerja melambak ada meeting pulak. Nasib baik kejap aja, pengerusi kata dia kena jumpa klien kat B****** (sebenarnya nak balik cepat takut bini marah...padan muka, kat opis bukan main garang).  Ketang keting ketung (berulangkali)...yeh 'masa dah time' untuk balik, aku apa lagi chau balik rumah, malas nak lelama kat opis.. Kakak-kakak semulajadi yang dah siap bersolek berdandan sedang menanti lif, tak boleh nak mencelah bedah pun, semua tunggu betul-betul depan lif. Biar mereka turun dulu, bukan apa
kan kena balik awal maklumlah nak masak, kemas rumah, basuh baju dan sebagainya (berat juga tanggungan orang perempuan nie, suami pun kadang kala kena 'tanggung' tapi yang tu no komen sama-sama rela).

Sampai rumah mandi bersihkan diri, bersujud lepas tu melayan tv sambil makan (aku jarang makan waktu malam, jaga bodi gitu)....cuaca di luar masih membahang. Nasib baik air tak naik ke kepala kalau tidak mendidih gamaknya heheh..Terima SMS dari Ha* dia kata maaf kerana lama tak call HP hilang, padanlah semua SMS aku tak berbalas kesian aku padanya.  Sabar jer lah, nak buat macam mana setakat itu jer rezeki kita.  Ha* ajak keluar makan, aku jawab rabu depan, dia ok aja.

Kipas berputar laju, semakin laju semakin panas rasanya, redha ajalah ada hikmat disebalik sesuatu (tentu tauke aircon senyum memanjang, rezeki lebat).  Bilakah kepanasan ini akan berakhir? aku lena  tanpa seurat benang.....nyaman.


Posted at 12:58 pm by kak-rah
Make a comment